Kursus Microsoft Word 2007

Contact Form Shortcode Error: Form 6 does not exist

Siapa yang patut menghadiri kursus ini:

  • Individu yang berminat
  • Pelajar lepasan SPM atau graduan yang menganggur
  • Usahawan yang ingin mempelajari bagaimana menghasilkan kertas kerja yang berkesan dengan aplikasi komputer
  • Individu yang bekerja di sektor kerajaan atau swasta
  • Mereka yang ingin meningkatkan kemahiran dalam Microsoft Word 7

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KURSUS

  • Mempelajari dan menguasai ilmu dan prinsip asas penggunaan Microsoft Word 7
  • Mengenali ciri-ciri (features) baru dalam perisian ini yang membezakannya dengan Microsoft Word sebelumnya
  • Menguasai ilmu bagaimana untuk memanfaatkan ciri-ciri tersebut sepenuhnya
  • Memberi pendedahan secara praktikal dan intensif tentang penggunaan perisian ini dalam penulisan rasmi dan tidak rasmi
  • Menjelaskan persoalan-persoalan lazim yang timbul dalam penggunaan harian perisian ini

MODUL DAN KANDUNGAN KURSUS

Para peserta akan berpandukan Modul yang disusun khas dari sumber-sumber bermutu khusus untuk kursus intensif ini. Kandungan dan modul kursus ini disusun dan disediakan oleh trainer kami yang sangat berpengalaman dalam bidang ini.

VENUE KURSUS

Kursus ini akan dijalankan di Eldeepi Centre, iaitu di:
No. 11-2, Jalan Reko Sentral 2,
Taman Reko Sentral,
43000 Kajang, Selangor

TRAINER

En. Abdullah bin Hamid adalah bekas tenaga pengajar ICT di Institut Perguruan Islam,  Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam.   Berpengalaman lebih dari 15 tahun mengajar aplikasi IT.  Beliau juga berpengalaman mengajar guru-guru, kakitangan kerajaan, pegawai pendidikan JAIS, JAWI dan Jabatan Agama Islam Johor.  Kini menumpukan sepenuh masa dengan LDP untuk melatih usahawan dan bakal usahawan khususnya dalam bidang IT.

YURAN KURSUS : RM 120

DAFTARLAH SEKARANG! TEMPAT TERHAD UNTUK 20 PESERTA SAHAJA!