Kursus Jahitan Tudung

Siapa yang patut hadir ke Kursus Jahitan Tudung?

  1. Individu yang berminat dan ingin menambah kemahiran dalam bidang jahitan tudung
  2. Graduan-graduan atau individu-individu yang masih mencari peluang perniagaan dalam bidang jahitan tudung
  3. Mereka yang bekerja dan ingin mencari  pendapatan sampingan melalui kemahiran jahitan tudung

OBJEKTIF

Objektif kursus ini adalah ingin mewujudkan daya kemahiran yang tinggi kepada bakal-bakal peserta dalm menghadapi dunia perniagaan khususnya dalam bidang jahitan tudung. Di ketahui umum bahawa bidang kemahiran dapat menjana pendapatan yang tinggi dimana individu dapat memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah berbanding perniagaan-perniagaan yang lain.

Mereka boleh  mencipta berbagai fesyen tudung terkini samaada untuk  kegunaan sendiri atau komersial dan memulakan perniagaan di rumah ,kiosk atau di mana saja tanpa modal perniagaan yang besar. Secara tidak langsung dapat mewujudkan  usahawan pintar dan berkemahiran tinggi dalam bidang yang menguntungkan ini

Kursus  Jahitan Tudung ini menawarkan teknik  jahitan 3 jenis fesyen terkini yang dijalankan dalam masa 1 hari iaitu:-

Fesyen Tudung Ariani

Fesyen Tudung Scallop

Fesyen Tudung Muslimah


JADUAL KURSUS

Kursus dijalankan dalam masa sehari dari jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang.

Latihan praktikal cara-cara menggunakan mesin jahit. Kesemuanya 3 jenis fesyen diajarkan secara individu sehingga setiap peserta dipastikan dapat menyiapkan tugas masing-masing. Teknik-teknik yang diajar adalah berkaitan teori-teori asas jahitan, cara-cara membuat polar tudung, cara memotong kain dan menjahit.

VENUE KURSUS

Bengkel Jahitan Kumpulan MAHIR:

Nicks Creation
No. 10-1R, Jalan Intan 1/4 Taman Puchong Intan, 47150 Puchong, Selangor

TRAINER

Puan Nik Sharija merupakan pemilik pusat jahitan dan kemahiran Nicks Creation. Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jahitan. Antara program kerjasama yang telah dijalankan ialah program bengkel jahitan dengan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Selangor (JPW) untuk 10 parlimen Negeri Selangor. Beliau merupakan pengerusi Persatuan Jahitan dan Sulaman Negeri Selangor dan Ajk DEWANITA Negeri Selangor.

Faedah-faedah menyertai kursus ini:

  • Modul pembelajaran akan disediakan mudah difahami dan diikuti.
  • Alatan jahitan seperti kain dan aksesori jahitan lain akan disediakan oleh pihak penganjur.
  • Hasil kerja anda boleh di bawa balik untuk diguna pakai atau anda boleh mengambil tempahan dari saudara mara atau rakan rakan (untuk permulaan) sebagai praktikal, dimana setiap tudung boleh  menghasilkan pendapatan RM 50-RM180 sehelai (mengikut harga pasaran).

YURAN KURSUS : RM180

SERTAILAH KURSUS JAHITAN TUDUNG SEKARANG !!

AYUH, TEMPAT TERHAD!!


Hubungi kami segera untuk sebarang soalan mengenai kursus yang ditawarkan! Jika berminat, isi borang tempahan di bawah dan kami akan hubungi anda kembali nanti.

Sila isi borang di bawah untuk mendaftar.




* indicates required field



ERROR: si-contact-form.php plugin says GD image support not detected in PHP!

Contact your web host and ask them why GD image support is not enabled for PHP.

ERROR: si-contact-form.php plugin says imagepng function not detected in PHP!

Contact your web host and ask them why imagepng function is not enabled for PHP.