Kursus Jahitan Manik Labuci & Kristal

(10 FESYEN DALAM 1 HARI)

Anda ingin meningkatkan pendapatan dengan menjahit manik, labuci dan kristal?

Siapa yang patut hadir ke Kursus Jahitan Manik, Labuci dan Kristal?

  1. Individu yang berminat dan ingin menambah kemahiran dalam bidang jahitan manik, labuci dan kristal
  2. Graduan-graduan atau individu-individu yang masih mencari peluang perniagaan dalam bidang jahitan manik, labuci dan kristal
  3. Mereka yang bekerja dan ingin mencari  pendapatan sampingan melalui kemahiran jahitan manik, labuci dan kristal

OBJEKTIF

Objektif kursus ini adalah ingin mewujudkan daya kemahiran yang tinggi kepada bakal-bakal peserta dalm menghadapi dunia perniagaan khususnya dalam bidang fesyen jahitan manik, labuci dan kristal. Diketahui umum bahawa bidang kemahiran dapat menjana pendapatan yang tinggi dimana individu dapat memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah berbanding perniagaan-perniagaan yang lain.

Subjek-subjek yang diajar adalah:-

  1. Mata Lalat Bermanik
  2. Teknik Jahitan Manik Peyote
  3. Jahitan Labuci Bersisik
  4. Jahitan Labuci Bermanik
  5. Jahitan Kuku Kambing Bermanik
  6. Jahitan Bulu Ayam Berdaun Kristal
  7. Teknik Jahitan Bunga Padi dengan  Manik & Kristal
  8. Jahitan Manik Beriring
  9. Cara melakarkan Corak Sulaman Baju Kurung
  10. Kombinasi kesemua jahitan di atas untuk di jahit pada leher & tangan baju kurung.

JADUAL KURSUS

Kursus  Jahitan Manik, Labuci dan Kristal  ini menawarkan teknik  jahitan 10 Fesyen dalam masa 1 hari seperti berikut:

Waktu: 9.00 pagi hingga 5.30 petang

VENUE

Kursus ini dijalankan di Centre Kumpulan MAHIR iaitu di:

No. 51-A (Tingkat 1),
Jalan Kajang Impian 2/1,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

TRAINER

Puan Nik Sharija merupakan pemilik pusat jahitan dan kemahiran Nicks Creation. Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jahitan. Antara program kerjasama yang telah dijalankan ialah program bengkel jahitan dengan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Selangor (JPW) untuk 10 parlimen Negeri Selangor. Beliau merupakan pengerusi Persatuan Jahitan dan Sulaman Negeri Selangor dan Ajk DEWANITA Negeri Selangor.

Apa yang anda akan dapat setelah menyertai Kursus Jahitan Manik, Labuci dan Kristal??

  • Dapat menjahit sendiri corak-corak manik, labuci dan kristal pada baju kurung atau kebaya
  • Dapat menerima tempahan daripada jiran, sahabat dan sanak-saudara
  • Dapat mula menerima tempahan daripada persatuan,badan berkanun dan syarikat-syarikat korporat

AYUH, GUNAKAN PELUANG INI UNTUK MEMBANTU DIRI ANDA DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN & TARAF EKONOMI HIDUP ANDA!!

YURAN KURSUS : RM170

AYUH, TEMPAT TERHAD!!


Hubungi kami segera untuk sebarang soalan mengenai kursus yang ditawarkan! Jika berminat, isi borang tempahan di bawah dan kami akan hubungi anda kembali nanti.

Sila isi borang di bawah untuk mendaftar.




* indicates required field