Kursus Jahitan Baju Kurung

Kursus ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk menambah kemahiran dalam bidang jahitan baju kurung riau (pesak gantung)

Objektif

Objektif kursus ini adalah ingin mewujudkan daya kemahiran yang tinggi kepada bakal-bakal peserta dalm menghadapi dunia perniagaan khususnya dalam bidang jahitan baju kurung riau. Di ketahui umum bahawa bidang kemahiran dapat menjana pendapatan yang tinggi dimana individu dapat memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah berbanding perniagaan-perniagaan yang lain.

Mereka boleh menjahit Baju Kurung samaada untuk kegunaan sendiri atau komersial dan memulakan perniagaan di rumah ,kiosk atau di mana saja tanpa modal perniagaan yang besar. Secara tidak langsung dapat mewujudkan usahawan pintar dan berkemahiran tinggi dalam bidang yang menguntungkan ini.

Jadual Kursus

Kursus Jahitan Baju Kurung Riau ini dijalankan dalam masa 2 hari seperti berikut:

Waktu: 9.00 pagi hingga 5.30 petang

Hari Pertama

Peserta di ajar teori dan asas-asas jahitan

Teknik-teknik membuat polar baju kurung serta ukuran

Cara cara memotong kain  dan membuat kolar baju kurung

Teknik menjahit kolar baju

Latihan penggunaan mesin jahit

Hari Kedua

Teknik menjahit  baju  kurung dan kain susun

Menjahit baju secara praktikal

Menjahit kain susun secara praktikal

Kesilapan  dan cara penyelesaian

Venue Kursus

Bengkel Jahitan Kumpulan MAHIR:

Nicks Creation

No. 10-1R, Jalan Intan 1/4 Taman Puchong Intan, 47150 Puchong, Selangor

Trainer

Puan Nik Sharija merupakan pemilik pusat jahitan dan kemahiran Nicks Creation. Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jahitan. Antara program kerjasama yang telah dijalankan ialah program bengkel jahitan dengan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Selangor (JPW) untuk 10 parlimen Negeri Selangor. Beliau merupakan pengerusi Persatuan Jahitan dan Sulaman Negeri Selangor dan Ajk DEWANITA Negeri Selangor.

Faedah-faedah  yang boleh di dapati dari kursus  kemahiran ini:

  • Membuat pakaian hariraya untuk keluarga
  • Menerima tempahan dari jiran,sahabat dan sanak saudara
  • Menerima tempahan untuk majlis keramaian,hari perayaan dan untuk majlis majlis tertentu yang memerlukan penggunaan pakaian baju kurung
  • Menerima tempahan dari persatuan,badan berkanun dan syarikat-syarikat korporat untuk pakaian seragam

AYUH, GUNAKAN PELUANG INI UNTUK MEMBANTU DIRI ANDA DALAM  MENINGKATKAN KEMAHIRAN & TARAF EKONOMI HIDUP ANDA!!

 

YURAN:

RM 240

(Yuran termasuk makan minum sepanjang hari kursus dan Sijil Penyertaan daripada pihak kementerian Malaysia melalui Program Perintis Usahawan 1Malaysia)

Sila isi borang di bawah untuk mendaftar.




* indicates required field