Kursus Jahitan Baju Melayu

 

Siapa yang patut hadir ke Kursus Jahitan Baju Melayu?

  1. Individu yang berminat dan ingin menambah kemahiran dalam bidang jahitan baju melayu
  2. Graduan-graduan atau individu-individu yang masih mencari peluang perniagaan dalam bidang jahitan baju melayu
  3. Mereka yang bekerja dan ingin mencari  pendapatan sampingan melalui kemahiran jahitan baju melayu

OBJEKTIF

Objektif kursus ini adalah ingin mewujudkan daya kemahiran yang tinggi kepada bakal-bakal peserta dalm menghadapi dunia perniagaan khususnya dalam bidang jahitan baju melayu. Di ketahui umum bahawa bidang kemahiran dapat menjana pendapatan yang tinggi dimana individu dapat memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah berbanding perniagaan-perniagaan yang lain.

Mereka boleh menjahit Baju Melayu samaada untuk kegunaan sendiri atau komersial dan memulakan perniagaan di rumah ,kiosk atau di mana saja tanpa modal perniagaan yang besar. Secara tidak langsung dapat mewujudkan usahawan pintar dan berkemahiran tinggi dalam bidang yang menguntungkan ini.

JADUAL KURSUS

Kursus  Jahitan Baju Melayu ini menawarkan teknik  jahitan Baju Melayu Cekak Musang dalam masa 2 hari.

Waktu: 9.00 pagi hingga 5.30 petang

Hari Pertama
Peserta diajar teori dan asas-asas jahitan
Teknik-teknik membuat polar baju melayu serta ukuran
Cara cara memotong kain  dan membuat kolar baju melayu
Teknik menjahit kolar baju melayu
Latihan penggunaan mesin jahit

Hari Kedua
Teknik menjahit  baju melayu dan poket baju
Menjahit baju secara praktikal
Menjahit seluar secara praktikal
Kesilapan  dan cara penyelesaian

VENUE KURSUS

Bengkel Jahitan Kumpulan MAHIR:

Nicks Creation
No. 10-1R, Jalan Intan 1/4 Taman Puchong Intan, 47150 Puchong, Selangor

TRAINER

Puan Nik Sharija merupakan pemilik pusat jahitan dan kemahiran Nicks Creation. Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jahitan. Antara program kerjasama yang telah dijalankan ialah program bengkel jahitan dengan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Selangor (JPW) untuk 10 parlimen Negeri Selangor. Beliau merupakan pengerusi Persatuan Jahitan dan Sulaman Negeri Selangor dan Ajk DEWANITA Negeri Selangor.

 

Apa yang anda akan dapat setelah menyertai
Kursus Jahitan Baju Melayu??

    • Dapat membuat pakaian Hari Raya untuk diri sendiri dan keluarga
    • Dapat menerima tempahan daripada jiran, sahabat dan sanak-saudara
    • Dapat menerima tempahan untuk majlis keramaian,hari perayaan dan untuk majlis majlis tertentu yang memerlukan penggunaan pakaian Baju Melayu
    • Dapat membuka kedai jahit mengkhususkan baju melayu
    • Dapat mula menerima tempahan daripada persatuan,badan berkanun dan syarikat-syarikat korporat

YURAN KURSUS : RM240

SERTAILAH KURSUS JAHITAN BAJU MELAYU SEKARANG !!

AYUH, TEMPAT TERHAD!!

Hubungi kami segera untuk sebarang soalan mengenai kursus yang ditawarkan! Jika berminat, isi borang tempahan di bawah dan kami akan hubungi anda kembali nanti.

Sila isi borang di bawah untuk mendaftar.




* indicates required field