Kursus Intensif Bahasa Inggeris

Contact Form Shortcode Error: Form 11 does not exist

Adakah anda masih ragu-ragu dengan penguasaan Bahasa Inggeris anda? Atau adakah anda merupakan salah seorang daripada mereka yang masih teragak-agak untuk menulis laporan atau membuat pembentangan dalam Bahasa Inggeris?

Kami ada penyelesaiannya! Tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda dengan pantas dan berkesan melalui kursus intensif kami ini!

Siapa yang perlu menyertai Kursus Intensif Bahasa Inggeris ini?

Kursus ini dibentuk khas untuk usahawan, penjawat awam, kakitangan swasta dan golongan professional yang masih kurang yakin dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Graduan yang menganggur dan pelajar lepasan SPM juga dialu-alukan untuk menyertai kursus ini.

OBJEKTIF KURSUS

Tahap kemahiran Bahasa Inggeris menjadi semakin penting sehingga menjadi faktor penentu kejayaan karier/perniagaan seseorang individu. Jadi, kursus ini direka untuk membantu meningkatkan penguasaan bahasa penting ini dalam masa yang singkat tetapi berkesan. Kursus ini akan mengetengahkan faktor-faktor utama yang menjadi penyebab kepada kelemahan dalam berbahasa Inggeris, seterusnya para peserta akan dibimbing, diajar dan diberi latihan bagaimana untuk mengatasi masalah-masalah lazim yang dihadapi dalam komunikasi berbahasa Inggeris.

MODUL KURSUS

  • Pengenalan ringkas kursus
  • Ujian bertulis pendek tahap penguasaan Bahasa Inggeris para peserta
  • Asas komunikasi Bahasa Inggeris – tatabahasa (grammar), kosa kata (vocabulary) dsb
  • Amali penulisan – Teknik menulis laporan dalam Bahasa Inggeris
  • Amali lisan – Perbualan (conversation) berbahasa Inggeris, dan teknik pembentangan berbahasa Inggeris
  • Kesalahan-kesalahan lazim dalam penggunaan Bahasa Inggeris

JADUAL KURSUS

Kursus ini dijalankan secara komprehensif selama 4 hari, iaitu pada hari Sabtu, Ahad serta Sabtu dan Ahad minggu berikutnya. Masa dan jadual kursus adalah seperti berikut:

Jumlah Masa Diperuntukkan : 4 Hari
*Hari Pertama (Sabtu) : 1100 – 1330, 1430 – 1600
*Hari Kedua    (Ahad) : 1100 – 1330, 1430 – 1600
*Hari Ketiga    (Sabtu) : 1100 – 1330, 1430 – 1600
*Hari Keempat  (Ahad) : 1100 – 1330, 1430 – 1600

VENUE

Kursus ini dijalankan di Eldeepi Centre iaitu di:
No. 11-2, Jalan Reko Sentral 2,
Taman Reko Sentral,
43000 Kajang, Selangor

TRAINER

Sedikit latar-belakang tentang Trainer Kursus Intensif Bahasa Inggeris:

Puan Asiah Ahmad merupakan trainer kami yang berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam membantu golongan professional dan usahawan untuk meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris mereka. Dengan ilmu dan pengalaman yang luas beserta modul yang sangat berkesan, trainer terlatih kami ini dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia mengatasi masalah lemah dalam Bahasa Inggeris.

YURAN: RM 150

SERTAILAH KURSUS INI SEKARANG !!