Kursus Asas Solekan

Siapa yang patut hadir ke Kursus Asas Solekan?

Kursus ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang merupakan:

    • Individu yang berminat!
    • Graduan-graduan yang menganggur
    • Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja!
    • Belia menganggur
    • Mereka yang ingin sentiasa kelihatan cantik dan bergaya
    • Mereka yang terpaksa membayar kepada jurumekap apabila setiap kali perlu menghadiri jamuan makan malam rasmi
    • Individu yang berumur 16 tahun ke atas
    • ….dan MEREKA YANG INGIN MEMBUAT TAMBAHAN PENDAPATAN DENGAN MENJADI JURUMEKAP PENGANTIN.

PENGENALAN KURSUS

Kursus asas ini adalah dikhaskan kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk menjadi jurumekap profesional dan juga kepada mereka yang ingin belajar solekan untuk kegunaan sendiri.

Ramai wanita diluar sana yang mempunyai alatan make –up yang mahal dan terkini tetapi tidak tahu menggunakan nya secara betul dan efektif. Anda akan diberi pendedahan beberapa aspek, antaranya:-

  • Pengenalan kepada skim warna
  • Pengenalan kepada alatan jurusolek
  • Pengenalan kepada jenis-jenis berus
  • Apa yang boleh dan apa yang tidak sewaktu mengaplikasikan solekan
  • Praktikal

OBJEKTIF KURSUS

  1. Membantu menjana ekonomi individu yang berpotensi menceburi bidang yang menguntungkan ini
  2. Membina perniagaan di rumah atau di mana sahaja!
  3. Peluang memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah
  4. Anda berhak menjadi cantik dan anda boleh mencantikkan diri anda sendiri tanpa perlu mengupah jurusolek luar yang kadangkala mengenakan upah yang tinggi.
  5. Perlaburan ini untuk diri anda dan keluarga.
  6. Membentuk keyakinan diri anda dari masa ke semasa.
  7. Membantu anda lebih positif dalam menghargai diri anda. Anda berhak CANTIK.

MODUL & KANDUNGAN KURSUS

Kursus Asas Solekan ini menggunakan kaedah TEORI dan PRAKTIKAL melalui MODUL HEBAT kami untuk memastikan kefahaman dan kemahiran 100% dapat diberikan kepada peserta kursus!

TENTATIF

Kursus ini dijalankan secara komprehensif selama satu (1) hari:

Tentatifnya:

*0830 pagi – 0530 petang

0800 – 0830 Pendaftaran & Sarapan Pagi
0830 – 0900 Pengenalan kursus
0900 – 1100 Teori asas berkenaan solekan dan alat solekan
1100 – 1300 Teknik (How to apply) solekan secara demonstrasi bersama model yang disediakan khas. Perserta akan diajar bagaimana untuk mengunakan alat solek dengan betul dan cara solekan yang sesuai mengikut majlis.
1300 – 1400 Makan Tengahari & Solat
1400 – 1600 Latihan amali
1600 – 1615 Minum Petang
1615 – 1700 Latihan amali
1700 – 1730 Pendedahan ‘ TIPS & TRICK’ sewaktu mengaplikasi solekan.

VENUE

Kursus ini dijalankan di Centre Kumpulan MAHIR iaitu di:

No. 51-A (Tingkat 1),
Jalan Kajang Impian 2/1,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

TRAINER

Puan Siti Azielda Binti Shaikh Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Zee Fitri adalah seorang Jurusolek Profesional sepenuh masa. Beliau juga adalah pengasas  Syarikat ZeeFitri Glam Touch. Memulakan kerjaya sebagai jurusolek pada awal usia 20an, dan sehingga kini sudah hampir 15 tahun menceburi bidang ini . Kini beliau banyak terlibat dengan andaman pengantin, menjadi jurusolek untuk siri komersial seperti rancangan TV, filem, drama TV dan juga majalah. Selain itu, beliau juga bergiat aktif sebagai tenaga pengajar bebas kepada sesiapa yang berminat dalam bidang solekan ini bermula dari peringkat asas hinggalah profesional. Sepanjang kursus ini dijalankan, beliau akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai solekan. Dan yang paling penting, anda akan didedahkan, bagaimana dengan kerjaya sebagai Jurusolek ini, anda dapat menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan anda.

Apa Yang Anda Akan Dapat Setelah Menghadiri Kursus Asas Solekan?

Ya, Anda Akan Dapat:

  • Modul yang hebat daripada kami sebagai panduan anda!!
  • Ilmu dan gambaran dunia solekan
  • Bagaimana mengaplikasikan alat & material solekan dengan betul tanpa bergantung kepada jenama dan harga
  • Memulakan karier sampingan anda sebagai jurumekap!!
  • Semestinya, anda akan mendapat sijil penghargaan kursus asas solekandaripada kami!

AYUH, GUNAKAN PELUANG INI UNTUK MEMBANTU DIRI ANDA DALAM  MENINGKATKAN KEMAHIRAN & TARAF EKONOMI HIDUP ANDA!!

YURAN KURSUS : RM180

SERTAILAH KURSUS ASAS SOLEKAN SEKARANG !!

AYUH, TEMPAT TERHAD!!

(HANYA 6 -10 PESERTA UNTUK SETIAP SESI!!


Hubungi kami segera untuk sebarang soalan mengenai kursus yang ditawarkan! Jika berminat, isi borang tempahan di bawah dan kami akan hubungi anda kembali nanti.

Sila isi borang di bawah untuk mendaftar.




* indicates required field