Siapa yang patut hadir ke Kursus Asas Penjagaan dan Penyelenggaraan Kereta?

Kursus ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang merupakan:

  1. Individu yang berminat!
  2. Pemilik kereta
  3. Mereka yang bercadang memiliki kereta baru/terpakai
  4. Pemilik/pemandu perempuan
  5. Pemilik lesen memandu kelas D
  6. Individu yang berumur 18 tahun ke atas

PENGENALAN KURSUS

Kebanyakan pemilik kereta pada masa sekarang menyerah kereta mereka kepada mekanik dengan memberikan sepenuh kepercayaan tentang penjagaan kereta mereka. Sedangkan mereka sepatutnya mesti tahu serba sedikit berkenaan komponen dan spesifikasi yang sesuai untuk kereta mereka.

Disini kursus yang diadakan adalah bagi memudahkan pemilik kereta memahami serba sedikit mengenai sistem kereta dan asas penjagaan serta sedikit mengenai penyelenggaraan kereta. Ini akan memberi manfaat serta tunjuk ajar bagaimana ianya dapat menjimatkan kos dan cara penjagaan dan penyelenggaraan yang betul. Ianya juga dapat mengelak dari pemilik kereta yang seringkali tertipu dengan pengendali-pengendali workshop yang tidak bertanggungjawab. Kursus ini juga memberikan beberapa tips tentang penjagaan dan penyelenggaraan kereta dan ini adalah berdasarkan pengalaman tenaga pengajar itu sendiri.

Oleh itu, kursus ini telah disusun atur supaya dapat memenuhi keperluan diatas iaitu dengan mengimbangkan diantara topik yang mengandungi teori dengan latihan praktikal supaya dapat memberi kesan yang lebih kepada peserta. Diawal kursus peserta akan didedahkan dengan komponen serta penyelengaraan asas berkaitan kereta supaya dapat memberi gambaran awal dengan melakukan proses praktikal. Dalam topik ini juga, peserta akan didedahkan dengan amalan-amalan yang betul semasa melakukan kerja penjagaan serta penyelenggaraan dan cara mana peserta boleh mengenalpasti sesuatu komponen sudah tidak boleh digunakan atau ianya menjadi bahaya jika masih digunakan berterusan. Segala yang dipelajari akan dapat dijadikan sebagai penanda aras dan panduan.

Seterusnya peserta akan didedahkan dengan cara bagaimana pemilik kereta dapat membandingkan sesuatu alatganti yang asli atau tiruan dan ini dapat memanjangkan lagi jangka hayat sesebuah kereta. Penggunaan alatganti yang sesuai untuk kereta peserta ini dapat menjimatkan kos penyelenggaraan kereta.

Akhir sekali, peserta akan diajar dengan teknik ataupun kemahiran mengesan kerosakan dengan menggunakan peralatan yang sesuai. Peserta juga akan didedahkan dengan masalah-masalah yang sering dihadapi dan cara untuk menyelesaikannya supaya dapat dijadikan panduan. Topik ini juga merupakan rumusan kepada keseluruhan perjalanan kursus kerana ia merangkumi kesemua kemahiran dan pengetahuan yang telah diajar diawal kursus seperti penggunaan kelengkapan yang telah sedia ada didalam kereta masing-masing.

OBJEKTIF & MATLAMAT KURSUS

    • Memahirkan diri didalam penjagaan dan penyelenggaran kereta
    • Menjaga serta menyelenggara kereta dengan cara yang betul
    • Membantu pemilik mengenalpasti komponen serta alatganti yang sesuai
    • Menjadikan pemilik celik penjagaan dan penyelengaraan supaya tidak tertipu lagi
    • Cara pemanduan serta menghadapi sesuatu kecemasan dengan bijak!
    • Menjimatkan kos penyelenggaraan
    • Memanjangkan jangka hayat komponen serta alatganti

MODUL & KANDUNGAN KURSUS

Kursus Asas Penjagaan dan penyelenggaraan ini menggunakan kaedah TEORI danLATIHAN PRAKTIKAL melalui MODUL HEBAT kami untuk memastikan kefahaman dan kemahiran 100% dapat diberikan kepada peserta kursus!

JADUAL KURSUS

Tarikh kursus:

Tarikh Hari Masa
16 Januari 2011 Ahad 0800 – 1830
13 Februari 2011 Ahad 0800 – 1830
6 Mac 2011 Ahad 0800 – 1830

Kursus ini dijalankan secara intensif selama satu (1) hari (800Pg – 0630Ptg) seperti berikut:

0800 – 0830 Pendaftaran & Sarapan Pagi
0830 – 0930 Pengenalan asas berkenaan kereta
0930 – 1030 Teori asas penjagaan kereta
1030 – 1130 Pengenalan kepada perkakasan penjagaan kereta
1130 – 1315 Latihan Praktikal bahagian enjin
1315 – 1400 Makan Tengahari & Solat
1400 – 1500 Latihan amali bahagian penghawa dingin (Air-Cond)
1500 – 1600 Penyelenggaraan asas kereta
1600 – 1630 Komponen dan alatganti
1630 -  1700 Tips penjagaan dan penyelenggaraan
1700 – 1800 Praktikal Asas penyelenggaraan kereta
1800 – 1830 Kerosakan yang sering berlaku dan cara penyelesaiannya

VENUE

Kursus ini dijalankan di Bilik Latihan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Presint 9, Putrajaya.

TRAINER

Sedikit latar-belakang tentang trainer Kursus Asas Penjagaan dan Penyelenggaraan Kereta:

Tenaga Pengajar, En. Zulkeflee Hazeh selaku pengerusi Kelab Komuniti Tekun bahagian Serdang/Bangi. Beliau juga adalah pengasas dan juga pemilik Syarikat Rubana Resources Sdn Bhd dan Unimec Auto Accessories, sebuah perniagaan Aksesori dan Penyelenggaraan kereta yang telah beroperasi selama 5 tahun. Mempunyai Diploma dalam Mechanical Engineering Aeronautical. Berpengalaman dalam Aircraft Maintenance selama 15 tahun. Satu-satunya anak melayu yang menjadi hakim dalam system bunyi bagi kenderaan.

Sertailah Kursus Asas Penjagaan dan Penyelenggaraan Kereta !!

YURAN KURSUS : RM190

DENGAN HANYA RM190, ANDA AKAN DAPAT:

  • MODUL YANG HEBAT DARIPADA KAMI SEBAGAI PANDUAN ANDA!!
  • ILMU DAN GAMBARAN KESELURUHAN TENTANG KERETA
  • SELENGGARA KERETA ANDA SENDIRI!
  • TIDAK MUDAH DITIPU!!
  • BERKONGSI KEMAHIRAN YANG ANDA PEROLEHI KEPADA ORANG LAIN PULA..(KREDIT UNTUK ANDA!! )
  • SEMESTINYA, ANDA AKAN MENDAPAT SIJIL PENYERTAAN KURSUS ASAS PENJAGAAN DAN PENYELENGGARAAN KERETA DARIPADA KAMI!

AYUH, TEMPAT TERHAD!!

a

a

Hubungi kami segera untuk sebarang soalan mengenai kursus yang ditawarkan! Jika berminat, isi borang tempahan di bawah dan kami akan hubungi anda kembali nanti.

Comments or questions are welcome.




* indicates required field