Kursus Membaiki Telefon Bimbit

Anda ingin meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengenai sistem, teknik dan cara membaiki telefon bimbit dan seterusnya memulakan bisnes baik-pulih telefon bimbit dengan lebih ringkas, padat, cepat dan tepat???

Siapa yang patut hadir ke Kursus Kemahiran Membaiki Telefon Bimbit ini?

Kursus ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang merupakan:

Individu yang berminat!

Graduan-graduan yang menganggur

Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja!

Belia menganggur

Pemilik-pemilik kedai telefon bimbit!

Individu yang berumur 16 tahun ke atas

PENGENALAN KURSUS

Bidang membaikpulih telefon bimbit adalah gabungan diantara pengetahuan berkenaan telefon bimbit dan kemahiran menggunakan peralatan membaikpulih. Pengetahuan disini adalah merangkumi struktur asas sesebuah telefon bimbit, teknologi yang diguna pakai, fungsi-fungsi yang terdapat pada telefon bimbit dan juga aplikasi-aplikasi yang digunakan.

Manakala kemahiran yang dimaksudkan adalah kebolehan menggunakan peralatan membaikpulih barangan elektronik khususnya telefon bimbit seperti solder iron, blower, multimeter, power supply dan juga perisian untuk tujuan membaikpulih telefon bimbit.

Jadi, kursus ini telah disusun supaya dapat memenuhi keperluan diatas iaitu dengan mengimbangkan diantara topik yang mengandungi teori dengan latihan amali supaya dapat memberi kesan yang lebih kepada peserta. Diawal kursus peserta akan didedahkan dengan konsep asas berkaitan telefon bimbit supaya dapat memberi gambaran awal melakukan proses baikpulih. Dalam topik ini juga, peserta akan didedahkan dengan amalan-amalan yang betul semasa melakukan kerja membaikpulih peralatan elektronik supaya dapat dijadikan panduan.

Seterusnya peserta akan didedahkan dengan cara-cara menggunakan peralatan membaikpulih dan bagaimana untuk mengukur atau memastikan hasil kerja mencapai “standard” atau tahap yang boleh diterima. Kemudian peserta juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian komputer dalam menjalankan kerja membaikpulih telefon bimbit.

Akhir sekali, peserta akan diajar dengan teknik ataupun kemahiran mengesan kerosakan dengan menggunakan peralatan yang sesuai. Peserta juga akan didedahkan dengan masalah-masalah yang sering dihadapi dan cara untuk menyelesaikannya supaya dapat dijadikan panduan. Topik ini juga merupakan rumusan kepada keseluruhan perjalanan kursus kerana ia merangkumi kesemua kemahiran dan pengetahuan yang telah diajar diawal kursus seperti penggunaan solder iron, blower, multimeter dan juga perisian komputer yang berkaitan dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesebuah telefon bimbit.

OBJEKTIF & MATLAMAT KURSUS

  1. Menjana pendapatan sampingan setiap bulan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi
  2. Memberikan kefahaman tentang fungsi dan kegunaan setiap komponen telefon untuk dijadikan panduan ketika membaiki telefon
  3. Membantu menjana ekonomi individu yang berpotensi menceburi bidang yang menguntungkan ini
  4. Melahirkan usahawan pintar dalam waktu yang singkat dengan berkemahiran tinggi dan berdaya saing
  5. Membina perniagaan di rumah atau di mana sahaja!
  6. Peluang memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah

MODUL & KANDUNGAN KURSUS

Kursus Membaiki Telefon Bimbit ini menggunakan kaedah TEORI dan LATIHAN AMALI melalui MODUL LATIHAN kami untuk memastikan kefahaman dan kemahiran 100% dapat diberikan kepada peserta kursus!

TENTATIF KURSUS

Kursus ini dijalankan secara komprehensif selama DUA (2) hari dan penyertaan adalah TERHAD KEPADA HANYA 4 PESERTA SAHAJA untuk setiap sesi untuk memastikan setiap peserta dapat mahir dalam masa dua hari kursus ini.

Tentatif kursus adalah seperti berikut:

*Hari Pertama (Sabtu)     : 0830 – 1730

*Hari Kedua (Ahad)     : 0900 – 1730


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEMPAT LATIHAN

Kursus ini dijalankan di Pusat Latihan kami iaitu di:

LOT 877,

TINGKAT 3, PLAZA ALAM SENTRAL,

SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM,

SELANGOR.

 

TRAINER

Sedikit latar-belakang tentang trainer Kursus Membaiki Telefon Bimbit:

Trainer, En. Nor Ardilan Syah Abdullah merupakan pengerusi Koperasi Peniaga Rangkaian Telekomunikasi Terengganu Berhad (KOPPRAT). Beliau juga adalah pengasas dan juga pemilik Syarikat DLAN GROUP, sebuah perniagaan rangkaian maklumat & telekomunikasi (ICT) yang mengusahakan pelbagai aktiviti yang berkaitan penyambungan, pemasangan dan pengoperasian pelbagai peralatan komunikasi dan berkerjasama rapat dengan syarikat multinasional tempatan Telekom Malaysia (TM). Berpengalaman luas sebagai Pelatih Kursus Membaiki Telefon Bimbit di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia seperti di Kolej Komuniti dan Politeknik.

SERTAILAH KURSUS MEMBAIKI TELEFON BIMBIT SEKARANG !!

TAWARAN HEBAT UNTUK ANDA !!

YURAN KURSUS ISTIMEWA : RM400

(Kelengkapan baik-pulih telefon bimbit disediakan untuk tujuan praktikal semasa kursus iaitu Rework Toolsets, Multimeter, Blower, Solder dan Power Supply)

DENGAN YURAN TOTAL KURSUS HANYA RM400 INI, ANDA AKAN MENDAPAT:

SETUJU
MODUL PRAKTIKAL YANG HEBAT DARI KAMI SEBAGAI PANDUAN ANDA!!
SETUJU ILMU DAN KEMAHIRAN TENTANG BAIK PULIH TELEFON BIMBIT KESELURUHANNYA
SETUJU BAIKI TELEFON BIMBIT ANDA SENDIRI ATAU..ANDA BOLEH MENGAMBIL UPAH MEMBAIKI TELEFON BIMBIT!
SETUJU MEMBUKA PERNIAGAAN TELEFON BIMBIT ANDA SEGERA DENGAN MENGGUNAKAN ALATAN YANG DIBELI!
SETUJU BERKONGSI KEMAHIRAN YANG ANDA PEROLEHI KEPADA ORANG LAIN PULA..KREDIT UNTUK ANDA!!
SETUJU SEMESTINYA, ANDA AKAN MENDAPAT SIJIL PENYERTAAN KURSUS MEMBAIKI TELEFON BIMBIT DARIPADA KAMI!!
SETUJU GUNA SIJIL INI UNTUK BEKERJA DI MANA-MANA KEDAI TELEFON BIMBIT BERDEKATAN JIKA ANDA MAHU!!

 

 

Hubungi kami segera untuk sebarang soalan mengenai kursus yang ditawarkan! Jika berminat, isi borang tempahan di bawah dan kami akan hubungi anda kembali nanti.

Sila isi borang di bawah untuk mendaftar.




* indicates required field